Pages

Ads 468x60px

4 January 2013

Permainan Rakyat Dahulu Kala

Permainan Serta Pembuatan Gasing Melayu...


Temerloh, bandar ikan patin yang mempunyai banyak ciri2 kemelayuan dan seni2 yang dijaga rapi sehingga ke hari ini untuk tatapan anak2 muda di masa kini dan akan datang. Gasing adalah salah satu permainan tradisional yang terdapat di kampung ini (Kampung Sanggang, Temerloh) yang di usahakan dan di bangunkan oleh Mohd Jais atau Pak Ngah Jais iaitu pesara (TUDM) anak jati kampung sanggang. Beliau telah mengusahakan permainan serta pembuatan gasing dan tali ini sejak lebih 30 tahun. Pembuatan seni bina gasing ini bermula daripada menggunakan teras kayu daripada pokok2 yang kuat dan keras tetapi pada masa kini telah mengalami satu evolusi pembuatan apabila ia telah di gantikan menggunakan plastik yang tahan lasak dan keras. Disini juga terdapat galeri menyimpan gasing2 dari serata negeri dan luar negara malah pertunjukkan juga sering dilakukan di sini serta telah menarik minat kedatangan para pelancong dari luar dan dalam negara seperti. Pertandingan juga adakalanya di lakukan di sini dan ia sehinggalah ke peringkat KEBANGSAAN!!! Penjualan keycain atau cenderamata juga boleh di dapati dan di tempah di sini. Permainan gasing melayu ini juga bukan sahaja di mainkan oleh orang melayu bahkan telah mendapat penyertaan daripada kaum Cina dan India. Jika berminat bolehlah datang ke Temerloh, Pahang kerana begitu banyak keunikan yang terdapat di sini.




1 comments:

Unknown said...

Ehh post lah citer baru amir :)