Pages

Ads 468x60px

Featured Posts

4 January 2013

Permainan Rakyat Dahulu Kala

Permainan Serta Pembuatan Gasing Melayu...


Temerloh, bandar ikan patin yang mempunyai banyak ciri2 kemelayuan dan seni2 yang dijaga rapi sehingga ke hari ini untuk tatapan anak2 muda di masa kini dan akan datang. Gasing adalah salah satu permainan tradisional yang terdapat di kampung ini (Kampung Sanggang, Temerloh) yang di usahakan dan di bangunkan oleh Mohd Jais atau Pak Ngah Jais iaitu pesara (TUDM) anak jati kampung sanggang. Beliau telah mengusahakan permainan serta pembuatan gasing dan tali ini sejak lebih 30 tahun. Pembuatan seni bina gasing ini bermula daripada menggunakan teras kayu daripada pokok2 yang kuat dan keras tetapi pada masa kini telah mengalami satu evolusi pembuatan apabila ia telah di gantikan menggunakan plastik yang tahan lasak dan keras. Disini juga terdapat galeri menyimpan gasing2 dari serata negeri dan luar negara malah pertunjukkan juga sering dilakukan di sini serta telah menarik minat kedatangan para pelancong dari luar dan dalam negara seperti. Pertandingan juga adakalanya di lakukan di sini dan ia sehinggalah ke peringkat KEBANGSAAN!!! Penjualan keycain atau cenderamata juga boleh di dapati dan di tempah di sini. Permainan gasing melayu ini juga bukan sahaja di mainkan oleh orang melayu bahkan telah mendapat penyertaan daripada kaum Cina dan India. Jika berminat bolehlah datang ke Temerloh, Pahang kerana begitu banyak keunikan yang terdapat di sini.




2 January 2013

KEDAH 2010 - 2012

Information Management UiTM Merbok, Kedah....


Secebis kenangan yang ingin di kongsikan bersama kamu semua!!!...
Gambar kenangan semasa belajar Diploma Information Management di UiTM Merbok Kedah bermula Jun 2010 sehingga October 2012..
Yang menariknya adalah kelas yg diduduki adalah kelas 'D' secara kebetulannya kelas 'D' ni bermula dari sekolah menengah di SMK ABS Temerloh tingkatan 1 sehingga tingkatan 3 dan ketika belajar diploma sekali lagi kelas 'D' dihuni.
Sepanjang 2 tahun lebih berada di Kedah atau lebih spesifik di Merbok macam2 perkara dapat di pelajari dan tahu banyak perkara. But almost good things and good memories I've found, have a little bit naughty, worst but yeah its a good learning process. :D
So basically Kedah and their people are nice but a little bit rugged sometimes.


 

to be continued... :D

31 December 2012

Ke-enakkan Teh Kayu Leban!!!

"TEH KAYU LEBAN"


 Amacam mengancam tak tengok kedai kopi ini? Hah, inilah satu2nya kedai teh yang masih menggunakan kayu api iaitu "kayu leban" sebagai sumber api untuk memasak air kemudian di campur dengan teh yang enak iaitu "teh dara"..
Ok,sekiranya anda ingin menikmati ke-enakkan teh ini boleh la datang ke Kampung Sanggang, Temerloh, Pahang.

Kedai ini hampir keseluruhannya masih mengekalkan struktur asas binaan bermula dari tahun 1948!! dan saya selaku penulis blog ini adalah pewaris ke-5 yang sah melalui salasilah keturunan daripada pemilik asal kedai ini yang bernama Allahyarham Mohd.Taib Zayad.
Selain itu kedai ini menyimpan beberapa koleksi lama dan hebat diantaranya salinan kad pengenalan asal Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Gambar2 sultan2 melayu yang terawal dan gambar2 penduduk kampung menangkap ikan sungai yang berat hampir mencecah 50 kg. Kedai ini membelakangkan sungai pahang yang menghilir ke Pekan.

Jadi kepada anda yang berminat untuk menikmati serta merasai keenakan teh ini marilah berkunjung ke Kampung Sanggang di Temerloh, Pahang...